Friday, 23 September 2011

TIPS HADAPI TEMUDUGA

Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat. Ini adalah kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM,STPM,UNIVERSITI dan sebagainya semakin ramai setiap tahun. Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, pelajar juga akan dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam pelbagai aktiviti maktab, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-kegiatan serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap pemilihan mereka. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.  Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.

Semasa temuduga,anda tidak boleh
1. Lemah dalam membuat ‘arguement’.
2. Bersikap pasif semasa temuduga.
3. Menunjukkan kelemahan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
4. Menunjukkan kelemahan bertuturdalam Bahasa Melayu.
5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.
6.Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.
7.Tidak tahu menahu mengenai jawatan yang dipohon.
8. Kurang pengetahuan am. Berpakaian tidak kemas.
*Adalah menjadi tanggungjawab anda agar kelemahan-kelemahan seperti di atas dapat diatasi. Jadi, perlu ditekankan bahawa proses temuduga biasanya bermula dari masa mengisi borang permohonan.


PERSEDIAAN UNTUK TEMUDUGA:
Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:
 1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
 Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon. Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya. Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon.
Janganlah semata-mata bergantung pada nasib dan ‘angan-angan’ sahaja.

3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak penemuduga edarkan.
Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.

 4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda.
Baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am.

PADA HARI TEMUDUGA:
1.Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih.
2.Bagi lelaki perlu memakai tali leher.
3.Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan    minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan.
4.Elakkan memakai baju batik dan T-shirt.
*Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas. 5.Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
6.Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
7.Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
8.Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan.
9.Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat. 10.Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin. 


TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA: 
11. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
12.Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian.
13.Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
14.Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
15.Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
16.Biarkan penemuduga memulakan perbualan. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. 17.Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar.
18.Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan.
19.Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula.
20.Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
21.Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
22. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna. 23. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
24.Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
25.Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
26.Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
27.Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
28.Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda.
29.Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya.
30.Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
31.Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
32. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.
*Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.

                   ooo Selamat Maju Jaya ooo


 CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA
- Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
-Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
-Cerita sedikit tentang diri anda. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
-Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
-Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
- Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
-Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
-Apakah kelemahan-kelemahan anda?
-Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?-Mengapakah patut kami memilih anda?
-Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
-Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
-Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda?
-Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
-Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
-Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
- Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
-Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
- Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
-Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
-Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
-Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
-Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
-Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
-Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
-Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa? -Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
-Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
- Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
-Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

Sila rujuk video ini:


Andainya anda mendedahkan rahsia kepada angin,
jangan pula terkejut sekiranya angin mendedahkan rahsia kepada pokok....
- Kahlil Gibran

Monday, 19 September 2011

BiLa sAmpAi sEru,jOdoH dAri ALLAH..kAlaU cOupLe mEanS jOdOh dAri nAfsU & sYaiTaN...


Sekadar coretan mengenai sifat manusia =)

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk melihat satu "adegan" pergaduhan dari salah sebuah pasangan yang sedang bercouple yang akhirnya hanya mampu ditinggalkan status "single" di facebook mereka. Sehinggakan berperang didalam wall fb masing-masing.

Bila sampai seru?

Dalam meniti usia yang semakin meningkat dewasa, perasaan untuk disayangi dan dicintai itu tidak pernah lari dari kehidupan normal seorang manusia. Bahkan, Islam membela sifat-sifat manusia ini dengan cara-cara yang tertentu.

Saya juga pernah bertanya kepada mereka yang ingin dan sudah melangsungkan majlis akad nikah mereka. Kesemuanya menjawab, "kami dah sampai seru untuk berumah tangga".

Alhamdulillah, sejuk mendengar jawapan yang diberikan oleh raja-raja sehari nie.  Terasa teringin pulak untuk berada di tempat mereka.. =)

Couple itu belum tanda seru

Mengapa saya mengatakan demikian? dan mengapa perkahwinan itu sudah sampai seru? Ini antara persoalan yang selalu didebatkan di zaman kerosakan sekarang.

Bagi saya, couple itu belum menandakan bahawa cinta dan kasih sayang itu datang dari hidayah Allah swt. Tetapi, couple itu datang dari hidayah nafsu dan syaitan. Bermaksud, ia bukan "seru" dari Tuhan.

Bagaimana pula dengan perkahwinan? Sudah semestinya ia datang dari tetapan Allah. InsyaAllah, dengan langsungnya perkahwinan 2 insan kerana niat kepada Allah, rumah tangga yang dibina akan berkekalan. Setakat nie, tak pernah lagi saya mendengar perkahwinan dengan niat kerana melakukan ibadah kepada Allah akan diakhiri dengan kes di mahkamah.



Solusinya?

Bertapaklah dialam yang nyata. Nafsu boleh menipu kita tetapi akal yang sempurna pasti boleh berfikir yang baik dan yang buruk. Pokok pangkal, tanya pada diri sendiri.
Bentangkan tikar sejadah dihadapan dan lakukan solat istiqarah sama ada pasangan yang belum kita nikahi itu adalah pilihan tepat atau tidak. Setelah mendapat jawapan, lakukan mana yang terbaik. Datang merisik atau tangguhkan sahaja niat untuk berpasangan itu.

Sekian...


Ya Allah..rahmatilah sahabatku.

Ya Allah...
 Jagalah sahabatku ini Dan beri ia Rahmat Mu sampai padanya..
Sayangilah dia Ya Allah tatkala rase sayangku tidak mampu menariknya Dalam pautan yang nyata..


Ya Allah... Perhatikan dia di kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang bersahaja di medan maya... Kerana Engkau punya segala yang ku tak punya..
Kerana ku ingin dia selalu menjadi SAHABATku d dunia & ku berharap pertemuan dengannya di syurga yg kekal abadi di sana"

Friday, 16 September 2011

"Allah hantar saya untuk awak"


"ALLAH hantar saya untuk awak"
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan..Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan...Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….




Tiap langkah dilalui dengan penuh semangat dan sebuah senyum ketulusan. Derai air mata hanya untuk mencari keRedhaan Illahi Rabbi. Deru dan debu yang menerpa wajah cantiknya kian menambah kecantikan hatinya yang senantiasa terbalut dengan untaian-untaian zikir dan lantunan taujih Rabbani. Tatap matanya yang selalu memiliki sebuah harapan dan keyakinan bahwa janji Allah adalah pasti. Kian menambah cantiknya jiwa-jiwa sejati yang mempersembahkan seluruh jiwa dan raga hanya untuk sebuah manis cinta Sang Kekasih. Dengan penuh keyakinan pasti, dan aura jiwa optimis serta sebuah ketegaran hati demi meraih sebuah Cinta Illahi......Salam Mahabbah Buat Bakal Zaujahku...Semoga Allah menjaga segala niat kita....

Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya....

Bagiku, Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan aku masih mampu tersenyum, sambil berkata. aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya...~ ♥ ~

"Jika dipinta cintamu katakanlah ia untuk ALLAH , jika dipinta rindumu katakanlah ia untuk RASULLAH,jika dipinta kasih sayangmu katakanlah ia untuk ibu bapamu & jika dipinta keikhlasanmu berilah pada yang tahu menghargainya…Cinta itu sebenarnya sebuah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada insan-insan yang mengenal erti sebuah anugerah cinta itu..menghargainya,menerimanya,m'balasnya tanpa dipinta.."


Dariku....

~ ♥ ~ Saya mahukan pertemuan kita yang pertama saya kelihatan 'sempurna' di hadapan awak walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Saya cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus saya galas ketika dipertemukan dengan diri awak. Saya cuba membataskan perbicaraan saya dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana saya risau saya menceritakan rahsia diri saya kepadanya kerana seharusnya awaklah yang harus mengetahuinya kerana diri awak adalah sebahagian dari diri saya dan ianya adalah hak bagi awak untuk mengetahui segala zahir dan batin diri saya ini... ~ ♥ ~

~ ♥ ~ Ketika saya merungkai bait-bait cinta untuk awak.....
Delapan tahun saya menunggu awak untuk menemani hari-hari saya
Dalam gelap malam, juga cerahnya pagi
Maka jika awak menemukan saya tak sesuai mimpimu selama ini
Percayalah sesungguhnya saya sedang belajar merajut mimpi itu….
Hanya awak seorang sahaja yang layak untuk saya..
Semoga awaklah insan persis seperti tercatat di Lauh Mahfuz saya...
Maka temani saya dalam ketaatan padaNya
Selalu bersama tak jemu berdoa kepadaNya
Agar hari ini saya akan menjadi suami awak yang lebih baik dari hari kemarin
Dan agar esok hari awak akan menemukan saya sebagai suamimu yang lebih baik dari hari ini…InsyaAllah... ~ ♥~

~ ♥ ~ Aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik." ~ ♥ ~


"Saya tinggalkan awak kerana Allah S.W.T...Saya cintakan akhlak dan agama yang ada pada awak..jika agama(akhlak) hilang dalam diri awak...maka hilanglah cinta saya pada awak...Redha Allah yang kita cari..bukan kepuasan nafsu...Atas kasih sayang Allah saya dan awak bertemu dan atas limpahan kasihNya saya dan awak dipisahkan bersama hikmah tersembunyi..Maafkan saya..."
Kredit untuk lama sosial 
http://www.facebook.com/Chronicle.Mitz



Monday, 12 September 2011

JADILAH SEPERTI PENSEL...



Pernah seorang anak bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. "Apa yang ibu sedang sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? atau sedang menulis tentang pengalam ibu?" lalu ibu menjawab "ibu menulis tentang kamu,tetapi lebih penting lagi....tentang sebatang pensil.. Walaupun hanya sebatang pensil,tetapi ada 5 nilainya terlalu berguna untuk kita. "Apa dia ibu? Ceritakan lah pada saya." kata si anak. Ibu menjawab,"baiklah anakku."


PERTAMA
Pensil ini mengigatkan kita akan sebuah kuasa yang hebat memegang kita walau sehebat mana coretan mata penanya. Sama seperti manusia,walau sehebatnya seseorang itu dia perlu ingat bahawa ada kuasa yang lebih besar menyebabkan dia menjadi hebat seperti hari ini iaitu ALLAH s.w.t.


KEDUA
Semakin kerap kita menulis dengan pensil tersebut,ianya akan menjadi semakin tumpul. Jadi pensil pasti akan derita ketika kita mengasahnya. Tetapi hasilnya pensil menjadi tajam dan tulisan juga menjadi kemas dan cantik. Begitu juga dengan manusia,harus berani menempuh cabaran dan dugaan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk diri menjadi lebih baik.


KETIGA
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah dan kita harus memadam untuk membetulkan kesalahan. Begitu juga dengan manusia,harus selalu memperbaiki kesalahan diri agar tidak terpesong dari jalan hidup yang di redhai oleh ALLAH s.w.t.


KEEMPAT
Tahukah kamu bahagian pensil yang mana adalah penting? Yang luar atau dalam? Sudah tentu yang dalamnya iaitu arang/karbon yang penting. Kemudian diikuti dengan luarannya. Oleh sebab itu kita hendaklah menjaga sifat dalaman & luaran kita iaitu rohani dan jasmani agar jiwa sentiasa bersih,tenang dan peribadinya mantap serta mampu menghindari diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia.


KELIMA
Hasil tulisan pensil selalu meninggalkan kesan/goresan walaupun dipadam dengan pemadam. Begitu juga manusia,setiap perbuatan yang dilakukan pasti meninggalkan kesan terhadap orang lain di sekeliling kita.


Pesan ibu "wahai anakku,jagalah ALLAH s.w.t maka kamu akan dapati DIA ada di hadapanmu. Kenalilah Allah dalam keadaan lapang,nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit (mentaati perintahNYA) pasti ALLAH akan menjagamu. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan luput darimu" hadith dari Rasulullah s.w.t.







Sunday, 11 September 2011

Sahabat sejati..mencari atau dicari...


Sahabat, datang dan pergi. Betulkah?
Sahabat yang sejati, mencari dan dicari. Benarkah?

Manusia memang memerlukan sahabat di sampingnya. Lebih lebih lagi sahabat yang mempunyai nilai yang berharga dalam hidupnya iaitu sahabat sejati.
Mungkin kita boleh memperincikan lagi disebalik maksud 'sahabat sejati'. Sahabat sejati bukan sahaja ada disamping kita dikala suka dan duka, tapi lebih dari itu lagi.

Sahabat sejati sentiasa mendorong kita kearahNya, tidak sesekali meninggalkan kita dikala kita terhina tetapi memberikan kita kesedaran bahawa kita ini milik Tuhan.

Pernah sekali sahabat saya ditipu, di fitnah dan dicaci. Malah, sahabat-sahabat sekelilingnya meninggalkan dirinya kerana termakan dek fitnah yang berterbangan.
Tambahan pula, didoakan pula supaya sahabat saya yang difitnah itu agar hidupnya dibinasakan. MasyaAllah..

Jika kita ditempat beliau, mesti kita menjeri di hati, "dimana kesetian mu!!"
Lalu, hati mula menjadi lemah dimakan oleh suasana hitam.

Nilaikan hati kita, benarkah kita bersahabat dengan semua orang disekeliling kita kerana "ikatan persahabatan diatas tali Allah" ataupun "kepentingan hidup semata-mata".
Jangan salahkan Tuhan jika diakhirat kelak kita dihukum kerana "ikatan persahabatan"

Ayah saya pernah berpesan, hanya ibubapa dan sahabat yang sejati sahaja yang mahu kamu berjaya dalam hidup. 

Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang betul-betul disamping anda. Sukar untuk dicari sahabat yang sebegitu. Raikan ikatan persahabatan anda. Mudah-mudahan, kurniaan Tuhan sahabat sejati kepada anda itu dapat membuatkan diri anda menjadi lebih baik dan menuju kearahNya.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim

Tapi, bagaimana ingin mencari sahabat sejati?
Tergaru-garu kepala kita bila memikirkannya dan fikiran kita mula tergambar setiap kawan yang kita ada. Mana satu sahabat yang dikatakan sejati.
Bagi saya, cara yang paling mudah ialah perhatikan tindak tanduknya tetapi bukan menilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nilaikan sifatnya, adakah pernah beliau menyakiti hati anda?
Pernahkan beliau menikam anda dari belakang. 
Setelah anda berfikir, katakan kepada sahabat anda yang anda rasakan sahabat sejati itu dengan ungkapan ini.



"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"

 Ciri-ciri sahabat yang sejati
  • Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik
  • Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
  • Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
  • Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda
  • Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan
  • Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan

  • Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.
  • Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
  • Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
  • Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)
Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari keredhaanNya.


  

jOm cHeck mAsaLah blOg LaMbaT lOaDing!!!



Haaa...post kali ni aku nak cerita kt korunk kenapa ade sesetengah blog tuh lambat nau loading. Lagi parah yg boleh buat lappy kita hank..penyudahnye bile da lambat sgt gerenti korunk akn tekan X utk ttup blog tuh kan? kalau aku pun aku buat cmtuh. Benda ni selalu terjadi untuk blog2 yang terlalu sarat dengan bermacam2 widget yg berat antaranya bling2,salji,gmbar bergerak,byk sgt entry dan lain2 lg..Bukan lah maksud aku xpenting buat blog cantik2 but pandai2 la cari widget yg ringan dan x bt org menyampah nk tggu blog korunk loading lame2 ek..Saiz blog yg ideal sebenarnyer ialah 100kb and below..kalau lg kecil lagi bagus sebab pengunjung x kan menunggu lama utk melawat blog korunk..apa tggu lagi?? jom check saiz blog korunk di "iwebtools.com".kalau agak2 lebih dari 100kb,ada baiknye korunk kurang kan widget2 yg memberatkan blog korunk...ok! sekian saja tips dari aku...semoga berjaya. =) 


ni adalah size blog aku...=)



#
 Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1shafiana-zainal.blogspot.com70.69 KB0.28 seconds0 seconds


Saturday, 10 September 2011

Bayang-bayang Nabi (Oleh Kang Jaz)


Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan para pemimpin ?
"Membela yang lemah dan membantu yang miskin" jawab Nabi.

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan ulama ?
Memberi contoh yang baik dan mendukung pemimpin
YAng membela orang - arang lemah" jawabnya

Ya Rasulullah ... apa yang harus dilakukan orang-orang lemah dan miskin ?
"Bersabarlah, dan tetplah bersabar
Jangan kau lihat pemimpinmu yang suka harta
Jangan kau ikuti ulamamu yang mendekati mereka
Jangan kau temani orang-orang yang menjilat mereka
Jangan kau lepaskan pandanganmu dari para pemimpin dan ulama yang hidupnya juhud dari harta"

Ya RAsulullah... Pemimpin seperti itu sudah tidak ada
Ulama seperti itu sudah menghilang entah kemana
Yang tersisa adalah pemimpin serakah
Yang tertinggal adalah ulama-ulama yang tama'
Banyak rakyat yang mengikuti keserakahan mereka
Ummat banyak yang meneladani ketamakan mereka !
Apa yang harus aku lakukan, Ya... RAsulullah !
Siapa yang harus aku angkat jadi pemimpin ?
Siapa yang harus aku ikuti fatwa-fatwanya ?
Siapa yang harus aku jadikan teman setia ?

"Wahai ummatku...
Tinggalkan mereka semua
Dunia tidak akan bertambah baik sebab mereka
Bertemanlah dengan anak dan istrimu saja
Karena Allah menganjurkan, "Wa 'asiruhunna bil ma'ruf"
Ikutilah fatwa hatimu
Karena hadits mengatakan, "Istafti qalbaka, wa in aftaukan nas waftauka waftauka"
Dan angkatlah dirimu menjadi pemimpin
Bukankah, "Kullulkum Ra'in, ea kullukum masulun 'an ra'iyyatihi ?"





Friday, 9 September 2011

Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut.

Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:


"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: “Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: “Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Di mana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

My Great Web page