Monday, 12 September 2011

JADILAH SEPERTI PENSEL...



Pernah seorang anak bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. "Apa yang ibu sedang sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? atau sedang menulis tentang pengalam ibu?" lalu ibu menjawab "ibu menulis tentang kamu,tetapi lebih penting lagi....tentang sebatang pensil.. Walaupun hanya sebatang pensil,tetapi ada 5 nilainya terlalu berguna untuk kita. "Apa dia ibu? Ceritakan lah pada saya." kata si anak. Ibu menjawab,"baiklah anakku."


PERTAMA
Pensil ini mengigatkan kita akan sebuah kuasa yang hebat memegang kita walau sehebat mana coretan mata penanya. Sama seperti manusia,walau sehebatnya seseorang itu dia perlu ingat bahawa ada kuasa yang lebih besar menyebabkan dia menjadi hebat seperti hari ini iaitu ALLAH s.w.t.


KEDUA
Semakin kerap kita menulis dengan pensil tersebut,ianya akan menjadi semakin tumpul. Jadi pensil pasti akan derita ketika kita mengasahnya. Tetapi hasilnya pensil menjadi tajam dan tulisan juga menjadi kemas dan cantik. Begitu juga dengan manusia,harus berani menempuh cabaran dan dugaan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk diri menjadi lebih baik.


KETIGA
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah dan kita harus memadam untuk membetulkan kesalahan. Begitu juga dengan manusia,harus selalu memperbaiki kesalahan diri agar tidak terpesong dari jalan hidup yang di redhai oleh ALLAH s.w.t.


KEEMPAT
Tahukah kamu bahagian pensil yang mana adalah penting? Yang luar atau dalam? Sudah tentu yang dalamnya iaitu arang/karbon yang penting. Kemudian diikuti dengan luarannya. Oleh sebab itu kita hendaklah menjaga sifat dalaman & luaran kita iaitu rohani dan jasmani agar jiwa sentiasa bersih,tenang dan peribadinya mantap serta mampu menghindari diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia.


KELIMA
Hasil tulisan pensil selalu meninggalkan kesan/goresan walaupun dipadam dengan pemadam. Begitu juga manusia,setiap perbuatan yang dilakukan pasti meninggalkan kesan terhadap orang lain di sekeliling kita.


Pesan ibu "wahai anakku,jagalah ALLAH s.w.t maka kamu akan dapati DIA ada di hadapanmu. Kenalilah Allah dalam keadaan lapang,nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit (mentaati perintahNYA) pasti ALLAH akan menjagamu. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan luput darimu" hadith dari Rasulullah s.w.t.







No comments:

Post a Comment

My Great Web page