Friday, 16 September 2011

"Allah hantar saya untuk awak"


"ALLAH hantar saya untuk awak"
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan..Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan...Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….




Tiap langkah dilalui dengan penuh semangat dan sebuah senyum ketulusan. Derai air mata hanya untuk mencari keRedhaan Illahi Rabbi. Deru dan debu yang menerpa wajah cantiknya kian menambah kecantikan hatinya yang senantiasa terbalut dengan untaian-untaian zikir dan lantunan taujih Rabbani. Tatap matanya yang selalu memiliki sebuah harapan dan keyakinan bahwa janji Allah adalah pasti. Kian menambah cantiknya jiwa-jiwa sejati yang mempersembahkan seluruh jiwa dan raga hanya untuk sebuah manis cinta Sang Kekasih. Dengan penuh keyakinan pasti, dan aura jiwa optimis serta sebuah ketegaran hati demi meraih sebuah Cinta Illahi......Salam Mahabbah Buat Bakal Zaujahku...Semoga Allah menjaga segala niat kita....

Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya....

Bagiku, Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan aku masih mampu tersenyum, sambil berkata. aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya...~ ♥ ~

"Jika dipinta cintamu katakanlah ia untuk ALLAH , jika dipinta rindumu katakanlah ia untuk RASULLAH,jika dipinta kasih sayangmu katakanlah ia untuk ibu bapamu & jika dipinta keikhlasanmu berilah pada yang tahu menghargainya…Cinta itu sebenarnya sebuah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada insan-insan yang mengenal erti sebuah anugerah cinta itu..menghargainya,menerimanya,m'balasnya tanpa dipinta.."


Dariku....

~ ♥ ~ Saya mahukan pertemuan kita yang pertama saya kelihatan 'sempurna' di hadapan awak walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Saya cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus saya galas ketika dipertemukan dengan diri awak. Saya cuba membataskan perbicaraan saya dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana saya risau saya menceritakan rahsia diri saya kepadanya kerana seharusnya awaklah yang harus mengetahuinya kerana diri awak adalah sebahagian dari diri saya dan ianya adalah hak bagi awak untuk mengetahui segala zahir dan batin diri saya ini... ~ ♥ ~

~ ♥ ~ Ketika saya merungkai bait-bait cinta untuk awak.....
Delapan tahun saya menunggu awak untuk menemani hari-hari saya
Dalam gelap malam, juga cerahnya pagi
Maka jika awak menemukan saya tak sesuai mimpimu selama ini
Percayalah sesungguhnya saya sedang belajar merajut mimpi itu….
Hanya awak seorang sahaja yang layak untuk saya..
Semoga awaklah insan persis seperti tercatat di Lauh Mahfuz saya...
Maka temani saya dalam ketaatan padaNya
Selalu bersama tak jemu berdoa kepadaNya
Agar hari ini saya akan menjadi suami awak yang lebih baik dari hari kemarin
Dan agar esok hari awak akan menemukan saya sebagai suamimu yang lebih baik dari hari ini…InsyaAllah... ~ ♥~

~ ♥ ~ Aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik." ~ ♥ ~


"Saya tinggalkan awak kerana Allah S.W.T...Saya cintakan akhlak dan agama yang ada pada awak..jika agama(akhlak) hilang dalam diri awak...maka hilanglah cinta saya pada awak...Redha Allah yang kita cari..bukan kepuasan nafsu...Atas kasih sayang Allah saya dan awak bertemu dan atas limpahan kasihNya saya dan awak dipisahkan bersama hikmah tersembunyi..Maafkan saya..."
Kredit untuk lama sosial 
http://www.facebook.com/Chronicle.Mitz



Monday, 12 September 2011

JADILAH SEPERTI PENSEL...



Pernah seorang anak bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. "Apa yang ibu sedang sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? atau sedang menulis tentang pengalam ibu?" lalu ibu menjawab "ibu menulis tentang kamu,tetapi lebih penting lagi....tentang sebatang pensil.. Walaupun hanya sebatang pensil,tetapi ada 5 nilainya terlalu berguna untuk kita. "Apa dia ibu? Ceritakan lah pada saya." kata si anak. Ibu menjawab,"baiklah anakku."


PERTAMA
Pensil ini mengigatkan kita akan sebuah kuasa yang hebat memegang kita walau sehebat mana coretan mata penanya. Sama seperti manusia,walau sehebatnya seseorang itu dia perlu ingat bahawa ada kuasa yang lebih besar menyebabkan dia menjadi hebat seperti hari ini iaitu ALLAH s.w.t.


KEDUA
Semakin kerap kita menulis dengan pensil tersebut,ianya akan menjadi semakin tumpul. Jadi pensil pasti akan derita ketika kita mengasahnya. Tetapi hasilnya pensil menjadi tajam dan tulisan juga menjadi kemas dan cantik. Begitu juga dengan manusia,harus berani menempuh cabaran dan dugaan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk diri menjadi lebih baik.


KETIGA
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah dan kita harus memadam untuk membetulkan kesalahan. Begitu juga dengan manusia,harus selalu memperbaiki kesalahan diri agar tidak terpesong dari jalan hidup yang di redhai oleh ALLAH s.w.t.


KEEMPAT
Tahukah kamu bahagian pensil yang mana adalah penting? Yang luar atau dalam? Sudah tentu yang dalamnya iaitu arang/karbon yang penting. Kemudian diikuti dengan luarannya. Oleh sebab itu kita hendaklah menjaga sifat dalaman & luaran kita iaitu rohani dan jasmani agar jiwa sentiasa bersih,tenang dan peribadinya mantap serta mampu menghindari diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia.


KELIMA
Hasil tulisan pensil selalu meninggalkan kesan/goresan walaupun dipadam dengan pemadam. Begitu juga manusia,setiap perbuatan yang dilakukan pasti meninggalkan kesan terhadap orang lain di sekeliling kita.


Pesan ibu "wahai anakku,jagalah ALLAH s.w.t maka kamu akan dapati DIA ada di hadapanmu. Kenalilah Allah dalam keadaan lapang,nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit (mentaati perintahNYA) pasti ALLAH akan menjagamu. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan luput darimu" hadith dari Rasulullah s.w.t.







Sunday, 11 September 2011

Sahabat sejati..mencari atau dicari...


Sahabat, datang dan pergi. Betulkah?
Sahabat yang sejati, mencari dan dicari. Benarkah?

Manusia memang memerlukan sahabat di sampingnya. Lebih lebih lagi sahabat yang mempunyai nilai yang berharga dalam hidupnya iaitu sahabat sejati.
Mungkin kita boleh memperincikan lagi disebalik maksud 'sahabat sejati'. Sahabat sejati bukan sahaja ada disamping kita dikala suka dan duka, tapi lebih dari itu lagi.

Sahabat sejati sentiasa mendorong kita kearahNya, tidak sesekali meninggalkan kita dikala kita terhina tetapi memberikan kita kesedaran bahawa kita ini milik Tuhan.

Pernah sekali sahabat saya ditipu, di fitnah dan dicaci. Malah, sahabat-sahabat sekelilingnya meninggalkan dirinya kerana termakan dek fitnah yang berterbangan.
Tambahan pula, didoakan pula supaya sahabat saya yang difitnah itu agar hidupnya dibinasakan. MasyaAllah..

Jika kita ditempat beliau, mesti kita menjeri di hati, "dimana kesetian mu!!"
Lalu, hati mula menjadi lemah dimakan oleh suasana hitam.

Nilaikan hati kita, benarkah kita bersahabat dengan semua orang disekeliling kita kerana "ikatan persahabatan diatas tali Allah" ataupun "kepentingan hidup semata-mata".
Jangan salahkan Tuhan jika diakhirat kelak kita dihukum kerana "ikatan persahabatan"

Ayah saya pernah berpesan, hanya ibubapa dan sahabat yang sejati sahaja yang mahu kamu berjaya dalam hidup. 

Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang betul-betul disamping anda. Sukar untuk dicari sahabat yang sebegitu. Raikan ikatan persahabatan anda. Mudah-mudahan, kurniaan Tuhan sahabat sejati kepada anda itu dapat membuatkan diri anda menjadi lebih baik dan menuju kearahNya.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim

Tapi, bagaimana ingin mencari sahabat sejati?
Tergaru-garu kepala kita bila memikirkannya dan fikiran kita mula tergambar setiap kawan yang kita ada. Mana satu sahabat yang dikatakan sejati.
Bagi saya, cara yang paling mudah ialah perhatikan tindak tanduknya tetapi bukan menilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nilaikan sifatnya, adakah pernah beliau menyakiti hati anda?
Pernahkan beliau menikam anda dari belakang. 
Setelah anda berfikir, katakan kepada sahabat anda yang anda rasakan sahabat sejati itu dengan ungkapan ini.



"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"

 Ciri-ciri sahabat yang sejati
  • Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik
  • Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
  • Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
  • Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda
  • Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan
  • Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan

  • Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.
  • Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
  • Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
  • Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)
Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari keredhaanNya.


  
My Great Web page